Search This Blog

Sunday, November 6, 2011

SAAT KU LIHAT LANGIT ILAHI

Saat ku jatuh kerana mehnah dunia
ku mencari tempat bergantung
ku dongak ke langit
ku tersenyum melihat LANGIT ILAHI

ku lihat LANGIT ILAHI
lantas ku terjaga dari kealpaan
terus ku bangun
meninggalkan cinta dunia yang mengalpakan

ku kuatkan langkah
KEMBARA MENCARI CAHAYA
moga ku jumpa cahaya
cahaya yang akan menerangi hatiku

telah ku temui cahaya
lantas ku muhasabah diri
kerana aku perlu berubah
hari ini mesti lebih baik dari semalam

dengan cahaya yang ada
menerangi kegelapan kalbuku yang dulu
lantas ku bukakan mata
MAKA LIHATLAH dengan mata hati yang bersih

terus ku lihat dgn mata hati
apa yang selama ini di kabusi dosa semalam
setelah ku temui apa yang ku hilang saat ku cintakan dunia
ku sujud tanda syukur kerana ALLAH menginginkan aku kembali padaNYA

P/s hasil nukilah setelah membaca buku koleksi langit ilahi karangan hilal asyraf

No comments: